10 PRODUK KREATIF

Berikut merupakan 10 produk kreatif:

#1 - HERB SCISSORS



Diskripsi :

Gunting ini boleh memotong herba herba atau daun-daun yang digunakan untuk menghias masakan dengan lebih cepat dan saiz yang sama. Ia mudah digunakan dan selamat. 


#2 - CERAMIC MUG WITH BISCUIT HOLDER




Diskripsi :

Sarapan lebih mudah dan ringkas dengan menggunakan mug ini. Pengguna tidak perlu menggunakan bekas lain untuk meletakkan biskut mereka, boleh terus diletakkan di bahagian yang disediakan. Mug ini juga mudah dicuci dan dibawa kemana sahaja.  


#3 - CERAMIC MUG WITH BISCUIT HOLDER



Diskripsi :

Mencuci pinggan mangkuk serta periuk lebih mudah dengan menggunakan sarung tangan ini. Terdpat berus-berus kecil dipermukaan sarung tangan ini yang berfungsi sebagai berus untuk mencuci selain dapat memegang pinggan atau mangkuk tersebut dengan lebih kuat. Dan paling penting, tangan pengguna yang sensitif juga selamat daripada bahan pencuci yang boleh melukakan tangan.



#4 - ANTI-LONELINESS BOWL


Diskripsi :

Pada masa sekarang, ramai yang makan berseorangan sambil main telefon dan mengakibatkan makanan jatuh dan sebagaiya. Pengguna main telefon untuk menghilangkan rasa bosan menikmati makanan berseorangan. Oleh itu, dengan adanya mangkuk ini, pengguna boleh memainkan filem atau rancangan kegemaran mereka di telefon sambil menjamu selera. 


#5 - OVER-THE-SINK CUTTING BOARD


Diskripsi :

Impian ibu-ibu yang sedang memotong dan menyipakan makanan. Papan pemotong yang mempunyai mangkuk untuk basuh bahan-bahan yang dipotong tanpa perlu mengeluarkan bekas lain. Selain jimat ruang, proses yang dilakukan lebih cepat dan mudah. 


#6 - Cereal-on-the-go container


Diskripsi :

Sarapan bijirin adalah satu makanan yang susah untuk dibungkuskan atau untuk dibawa kemana-mana. Hal ini kerana perlu ada bekas lain untuk bungkuskan susu dan bijirin. Dengan menggunkan bekas ini, hanya satu bekas sahaja digunakan untuk membungkus susu dan bijirin dan paling penting, tanpa bercampur. Oleh itu, pengguna dapat menikmati bijirin dengan susu secara segar dan tidak lembik.   


#7 - Colander Soup spoon 


Diskripsi :

Senduk ini masih mengekalkan fungi utama, tetapi bezanya produk ini dengan sebduk biasa ialah penambahan penapis ditepi senduk. Produk ini memudahkan pengguna untuk mengambil bahan-bahan yang berada dalam sup, tomyam atau apa-apa masakan berkuah.


#8 - COLANDER SOUP SPOON 



Diskripsi :

Sesetengah resipi membuat biskut atau kek perlu mengasingkan kuning telur dengan yang putih. Cara tradisional terkadang menyusahkan pengguna. Oleh itu, produk ini memudahkan pengguna untuk mengasingkan kuning telur dengan yang putih dengan menyedut kunig telur tersebut untuk diasingkan.


#9 - ice tongs


Diskripsi :

Pengepit yang biasa selalunya susah untuk mengepit ketulan ais kerana permukaan pengepit yang diperbuat daripada aluminium yang licin. Oleh itu, idea penambahan sedikit getah dibahagian pengepit memudahkan pengguna untuk mengepit ais.


#10 - Glass wearer’s pillow


Diskripsi :

Bagi pengguna yang memakai cermin mata, mereka sering mengalami masalah untuk baring dengan memakai cermin mata kerana cermin mata tersebut akan tidak berada di kedudukan yang betul. Oleh itu, dengan adanya bantal khas untuk pengguna yang memakai cermin mata, mereka boleh baring dengan selesa semasa menonton televisyen, bermain telefon atau membaca tanpa perlu membuka cermin mata.



RUJUKAN

Comments