CYBER FARM


CyberFarm merupakan satu idea dan proposal daripada pihak kami iaitu CyberTech Sdn Bhd untuk dijalankan di kawasan tanah sawah yang tidak digunakan. Sepertimana yang semua tahu, kawasan tanah sawah dilingkari sistem saluran air. Oleh itu, kami  menggunakan kesempatan yang ada untuk mengusahakan kawasan tanah sawah tersebut.

Pembahagian kawasan tanah sawah kepada dua bahagian :
a) 1/3 adalah untuk ternakan kambing
b) 2/3 adalah untuk tanaman cili melalui sistem fertigasi

Teknologi yang dimasukkan ke dalam proposal kami adalah untuk :
1) Sensor yang diletakkan pada kambing; untuk mengetahui maklumat kambing dan lokasi.
2) Sensor di bawah kandang kambing; untuk mengenalpasti bahawa tahi kambing di bawah kandang sudah melebihi berat yang ditetapkan.
3) Sensor yang diletakkan pada tanah pokok cili untuk mengetahui kelembapan dan Ph tanah.
4) Sensor yang diletakkan didalam tangki air yang dicampur dengan baja untuk mengetahui paras air di dalam tangki.
5) Sensor ke-empat empat diatas boleh diselia dan dilihat melalui IOT sistem dengan menggunakan komputer mahupon telefon















Comments