10 PRODUK INOVATIF

Berikut merupakan 10 produk inovatif:

#1 Rug + Alarm Clock



Diskripsi:         

Ia adalah satu teknologi jam yang digabungkan dengan alas kaki. Secara kebiasaannya, manusia akan menutup alarm jam atau menunda alarm mereka. Hal ini menyebabkan mereka terlepas waktu pagi dan bangun awal. Oleh itu, penciptaan teknologi ini membolehkan mereka untuk bangun awal dengan  mereka perlu memijak alas kaki ini lebih daripada 30 saat untuk alarm ditutup.

Pengeluar:        Ruggie, Windustries Limited


#2 Mesin Lipat Baju

Diskripsi:         

Ia adalah satu teknologi memudahkan para isteri atau suri rumah tangga untuk melipat baju. Saiz baju yang boleh dilipat ialah sehingga ke saiz XXL. Selain meringankan beban, masa dapat dijimatkan kerana mesin boleh melipat 25 baju dalam masa 5 minit. Mesin ini juga mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak. 

Pengeluar:        Foldimate


#3 Solar Powerbank

Diskripsi:         

Merupakan satu teknologi yang tidak asing lagi kepada pengguna telefon pintar. Cuma penambahan panel solar sebagai alternative untuk mengecas powerbank merupakan satu ilham yang sangat praktikal kepada penduduk di Negara yang mempunyai purata cahaya matahari yang tinggi. Initiatif ini turut dapat menjimatkan penggunaan elektrik selain menyelesaikan masalah jika tiada soket plag untuk mengecas powerbank.

Pengeluar:        Aukey


#4 Rideable Carry-On Luggage

Diskripsi:         

Teknologi yang dinantikan oleh mereka yang sering ke luar Negara untuk bercuti mahupun bekerja. Sebuah beg tarik yang boleh mengisi baju dan barang berharga, dan tidak cukup dengan itu, beg ini turut boleh menjadi tempat duduk serta mampu memudahkan pergerakan pengguna. Beg ini dilengkapi dengan roda agar boleh dibawa oleh pengguna sepanjang perjalanan.

Pengeluar:        Modobag


#5 Dyson Hot + Cool Fan Heater


Diskripsi:         

Kipas kebiasaannya mempunyai satu sahaj fungsi, tetapi kipas yang dihasilkan oleh Dyson ini mempunyai dua teknologi, satu menyejukkan dan keduanya ialah memanaskan. Oleh itu, kipas ini sesuai digunakan oleh semua Negara termasuk yang beriklim sejuk. Harga pemanas yang slelaunya mahal dapat diatasi dengan produk ini.

Pengeluar:        Dyson


#6 Nostalgia 3 in 1 Breakfast Maker

Diskripsi:         

Sarapan sangat digalakkan untuk diambil pada setiap pagi. Disebabkan kesutukan masa, ramai tidak mengambil sarapan. Dengan adanya 3 in 1 breakfast maker ini, masa dapat disingkatkan. Makanan  dan minuman dapat disiapkan dalam satu masa, dan sekaligus memudahkan suri rumah atau isteri untuk menyediakan sarapan. Panel gril di atas adalah untuk menggoreng atau gril makanan yang mudah dimasak, dan bahagian oven toaster boleh digunakan untuk membakar roti. Justeru, makanan dapat disediakan dalam tempoh masa yang singkat dan makanan yang dihasilkan sihat untuk dimakan.

Pengeluar:        Nostalgia


#7 Thumb Hole Book Page Holder

Diskripsi:         

Pengguna yang mempunyai hobi membaca buku, mereka sering mencari peluang untuk membaca buku pada masa terluang. Masalah untuk memegang buku pada mukasurat tertentu dan paling penting sekali supaya tiada kerosakan pada buku tersebut amat susah. Kedua-dua masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan produk ini.

Pengeluar:        Hugo Boss


#8 Pivot Power Flexible Surge Protector

Diskripsi:         

Produk ini berbeza dengan extension plug yang lain dari segi struktur. Masalah yang utama dengan extension plug yang biasa ialah susah untuk diletakkan di bucu laluan dan boleh mengganggu laluan. Dengan struktur ini, boleh dibengkokkan sehingga sudut 45. Oleh itu, extension plug ini boleh diletakkan di bahagian yang tersorok sedikit.

Pengeluar:        Quirky


#9 Electric Shoe and Boot Dryer


Diskripsi:         

Produk ini sangat berguna untuk mengeringkan kasut atau boot yang dipakai. Jika musim hujan, musim salji di mana tiada matahari yang dapat digunakan untuk mengeringkan kasut. Produk ini mempunyai teknologi untuk mengeringkan kasut. Selain itu, produk ini turut menghilangkan bau di dalam kasut tanpa merosakkan kasut tersebut. Produk ini mempunyai warranty selama 25 tahun oleh syarikat yang mengeluarkannya.

Pengeluar:        Peetdryer


#10 Blade Brush

Diskripsi:         


Mencuci juga boleh jadi bahaya jika kita mencuci pisau, pencucuk barbeque, ataupun gunting. Benda-benda yang tajam ini perlu juga dicuci selepas digunakan, oleh itu dengan menggunakan produk ini, pengguna boleh mencuci dengan selamat dan perkakas yang tajam juga bersih dan boleh digunakan semula.

Pengeluar:        JosephJoseph


RUJUKAN:

1. Ruggie; https://ruggie.co/

2. Mesin Lipat Baju, Foldimate; https://foldimate.com/


4. Rideable Carry-on luggage; http://modobag.com/





9. Boot and shoe dryer; http://www.peetdryer.com/

Comments