RESTORAN TANPA PEKERJA


Sila klik gambar video di atas untuk melihat video penuh.




Lakaran Pandangan atas Restoran




Di bawah ini diterangkan proses restoran tanpa pelanggan:

1. Membuat Tempahan

Ada 2 cara untuk pelanggan membuat tempahan makanan/minuman:
i) Melalui aplikasi mudah alih
ii) Terdapat 'tablet' disediakan di restoran



2. Mengambil Makanan/minuman

Pelanggan akan mengambil makanan/minuman secara layan diri di 'pegion box'.
Makanan/minuman yang tersedia boleh terus di bawa pulang atau makan di restoran.




3. Meja Makan

Meja makan juga disediakan di restoran bagi memudahkan pelanggan makan di restoran.
Di meja makan, pelanggan boleh tambah pesanan makanan menggunakan 'tablet' yang ada di setiap meja makan. Makanan yang dipesan akan di hantar melalui 'rail' terus ke meja pelanggan tersebut.



4. Mesin Pembersih Meja

Walaupun kita menggalakkan pelanggan membuang sampah secara layan diri, masih ada kemungkinan masih ada sisa makanan di atas meja.
Pelanggan boleh menekan butang di tepi meja, lalu mesin pembersih akan keluar dari tepi meja.
Teknologi pancuran air dan getah penarik memastikan meja sentiasa dalam keadaan bersih.




5. Robot Pembersih Lantai

Pentingnya kewujudan robot pembersih lantai ini bagi memastikan kawasan restoran sentiasa bersih.


6. Tong Sampah Berirama

Bagi menggalakkan pelanggan membuang sampah secara layan diri, terdapat nilai tambah pada tong sampah yang disediakan. Tong sampah ini mengeluarkan lagu dan kata-kata pujian kepada pelanggan yang memasukkan sampah ke dalamnya.



Sekian.










Comments